fy

Hj. Fadzli Yusof

Certified NLP Trainer

Seorang pencinta ilmu, pendidik, trainer, motivator, dan usahawan – Hj Fadzli Yusof adalah pengasas dan CEO kepada NLPM Centre SDN BHD, sebuah syarikat yang mengfokuskan kepada pengembangan potensi & komunikasi untuk prestasi kerjaya serta bisnes dengan aplikasi NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.

Beliau dilahirkan di Terengganu, Malaysia dan berhijrah ke Kuala Lumpur sejak tahun 1994 untuk menyambung pengajiannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Lulusan Sarjana Muda (kepujian) Undang-Undang dan Sarjana (Master) dalam Perbandingan Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), beliau gigih menimba ilmu pembangunan diri sehingga bertemu dengan Neuro Linguistic Programing dan menjadi Certfied NLP Practitioner (NFNLP) pada tahun 2006.

SEJAK 2004: KINI TELAH MENULIS 37 BUKU MOTIVASI

Passion beliau untuk berkongsi tip dan teknik kejayaan bermula apabila beliau menerbitkan buku pertama beliau, Mengurus Kerja dan Waktu: Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa. Mulai hari itu, beliau telah menerbitkan lebih 40 buah judul buku motivasi dan komunikasi yang telah terjual ratusan ribu naskhah di pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Buku yang ditulis bersama Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 55 Petua Orang Berjaya telah diulangcetak lebih 30 kali cetakan, bahkan buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah pula mendapat Anugerah Buku Pilihan Pembaca Paling Popular Berita Harian-Popular Bookstores 2007.

Sejak tahun 2006, beliau telah dipilih menjadi kolumnis tetap bagi majalah Dewan Siswa, dan dua tahun kemudian kolumni tetap majalah eSiswa. Beliau juga pernah menjadi kolumnis tetap majalah Mingguan Wanita dan kolumnis bulanan Solusi sejak dari siri pertama sehingga 2016. Sudah ratusan artikel tulisan beliau terpapar di majalah-majalah yang menjadi tatapan jutaan pembaca sejak 2006 lagi.


MENERBITKAN AUDIO SEMINAR PERTAMA DI MALAYSIA

Antara revolusi dunia pembangunan diri yang berjaya dipelopori oleh Fadzli Yusof ialah menerbitkan Seminar Audio Premium NLP yang pertama di Malaysia. Lebih menarik, bukan sahaja satu tajuk, tetapi telah mencecah 15 topik audio seminar yang berbeza.

Dengan audio seminar ini, ramai orang boleh mendapat manfaat daripada ilmu beliau jika tidak berkesempatan untuk menghadiri seminar pada waktu tersebut. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut di NLP Malaysia

MUNCUL DALAM RATUSAN RANCANGAN MEDIA ELEKTRONIK

Hj Fadzli Yusof seringkali dijemput oleh stesen TV dan Radio bagi berkongsi petua, teknik, tip dan hikmah dengan jutaan audien di seluruh Malaysia. Mungkin kerana beliau mempunyai gaya pembentangan yang segar dan menarik, sehingga memberikan impak mendalam kepada para penonton dan disukai oleh para penerbit rancangan. Antara rancangan yang popular ialah Malaysia Hari Ini (TV3), Wanita Hari ini (TV3), Assalamualaikum (TV Al Hijrah), Selamat Pagi Malaysia (RTM1), Nasi Lemak Kopi O (TV9), Motivasi Pagi (TV3), Motivasi Pelajar (TV9), Motivasi Pagi IKIM.fm, dan puluhan lagi siri lain di saluran utama negara.